SEJARAH ASAL USUL RH JANGU , LADONG TAHIR, BINTULU.

            SEJARAH / ASAL USUL RH PANJANG.                             

Sejarah kampung ini telah diceritakan oleh mendiang TR.Tahir Anak Kalau sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 2005 dan cerita tentang sejarah Rumah Jangu  (Ladong Tahir Tebas) ini adalah bermula dari tahun 1930.Menurut cerita yang beliau telah kongsikan kepada kami dahulu iaitu asal-usul rumah panjang ini bermula pada tahun 1930.

   Pada tahun 1930 dahulu,mereka telah diketuai oleh seorang mendiang datuk mereka yang bernama BEROK untuk mencari kawasan perkampungan yang baru(menua)di bintulu sebagai tujuan untuk mencari tempat kediaman rasmi.Asal-usul mereka ini juga adalah dari Sungai Batang Rajang dan setelah sampai di bintulu,mereka menjelajah masuk ke sungai Silas dan telah diarahkan oleh ketua mereka iaitu Datuk Berok mendirikan rumah yang  sementara sahaja.Mereka juga telah diberitahu oleh penduduk asal disana bahawa tempat mereka itu adalah kawasan tanah ‘VAIE’@Melayu Bintulu dan jelaslah memang  benar itu adalah kawasan ‘VAIE’ kerana mereka telah melihat pelbagai tanda kawasan ‘TEMUDA VAIE’ disetiap hilir sungai SILAS tersebut.
   Sebelum pemerintahan jepun pada tahun 1941,mendiang Datuk Berok telah berhasrat untuk bertemu dan ingin berbincang dengan salah seorang ketua perkampungan Vaie di Bintulu iaitu Abang Galau kerana ingin terus kekal tinggal di kawasan Silas.Setelah selesainya perbincangan tersebut,Abang Galau telah bersetuju dengan hasrat Datuk Berok dan telah membahagikan kawasan Silas kepada Datuk Berok dengan rasminya.Dalam persetujuan itu juga,abang galau telah membuat satu undang-undang iaitu dilarang mengambil kawasan VAIE tanpa kebenaran dan hanya dapat mendirikan rumah atau melakukan apa-apa aktiviti dikawasan yang telah dibahagikan seperti apa yang dipersetujui didalam perjanjian di antara kedua pihak.
   Dengan adanya perjanjian itu,Datuk Berok telah membawa semua penduduk beliau yang ada di Sungai Batang Rajang pada ketika itu berpindah ke kawasan baru mereka di Sungai Silas dan beliau telah memutuskan untuk mendirikan sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Sinjak(Pati Sungai Silas) Selepas mereka mendirikan rumah panjang itu, rakyat juga telah memilih beliau denagn sebulat suara iaitu (Datuk Berok)menjadi Tuai Rumah kepada 34pintu pada ketika itu.
   Pada tahun 1941 sehingga 1945 pula,Sarawak telah dijajah oleh Negara Jepun.Ketika dibawah pemerintahan Jepun pada masa itu,pihak British pula memasuki ke kawasan Sarawak dan telah berlaku pertempuran dan berjaya mengalahkan Jepun .Pada tahun 1945 negeri Sarawak pula telah dijajah oleh Negara British.Ketika dibawah jajahan British,Datuk Berok telah bercadang untuk membahagikan 34 pintu dibawah jagaan beliau dibahagikan kepada  3 Rumah Panjang.Beliau sendiri  telah memilih orang yang amat beliau percaya iaitu Muari dan Nyipa dan beliau telah melantik mereka tersebut sebagai Tuai Rumah untuk setiap rumah panjang dikawasan Tabau dan Tebas.Datuk Berok telah memberitahu kepada TR.Muari  supaya berpindah ke kawasan Sungai Tabau manakala pula TR.Nyipa telah diarahkan oleh Datuk Berok untuk berpindah ke kawasan Sungai Tebas kerana dengan adanya cara ini,mereka dapat meneruskan kehidupan dan dapat mempertahankan tanah “Temuda” dan kawasan yang ada diseluruh kawasan Silas.
   Sekitar tahun 1952,kerajaan British telah memberikan kerjasama dan telah menyerahkan sepucuk surat kebenaran / surat perjanjian (Surat Pemakai Menua)kepada Datuk Berok (SILAS)TR.Muari(TABAU) dan TR.Nyipa (TEBAS).Didalam surat itu mengatakan bahawa mereka adalah penduduk yang sah untuk mempertahankan seluruh kawasan Silas,Tabau dan Tebas  serta  dapat meneruskan kehidupan di kawasan Silas selamanya.(Surat Pemakai Menua@Surat Perjanjian) yang telah diserahkan oleh kerajaan British dahulu masih lagi disimpan dengan rapi oleh ketiga-tiga buah rumah panjang sehingga sekarang.
   Pada tahun 1981,TR.Nyipa Anak Nyaran telah meninggal dunia.Selepas kematian beliau,penduduk di rumah panjang itu telah memilih dan bersetuju dengan sebulat suara memilih Tahir Anak Kalau untuk menggantikan tempat mendiang TR.Nyipa  sebagai  Tuai Rumah baru mereka.
Pada tahun 1982 pula,TR.Tahir Anak Kalau telah disahkan oleh kerajaan Sarawak menjadi Tuai Rumah yang sah dan pada ketika itu TR.Tahir Anak Kalau menjadi Tuai Rumah kepada 28 pintu.
   Pada tahun 1995 pula,dengan adanya jalan raya yang telah dibina dari jalan Ulu Sebauh yang melimpasi kawasan Ulu Sungai Tebas,TR.Tahir telah bercadang dan berbincang dengan semua penduduknya supaya berpindah ke kawasan yang berdekatan dengan  Jalan Ulu Sebauh itu.
Sebelum mereka berpindah ke kawasan itu, TR.Tahir Anak Kalau telah menasihatkan penduduknya supaya jangan terburu-buru berpindah ke kawasan tersebut dan beliau telah mencadangkan kepada penduduk rumah panjang supaya mendirikan rumah dahulu sehingga siap.Pada tahun1997,ada sesetengah penduduk beliau berasa tidak sabar dan ingin mempercepatkan proses perpindahan dan mendirikan rumah panjang di tapak tepi jalan Ulu Sebauh .Oleh demikian,berlakulah perpindahan mereka yang telah di ketuai oleh Mula Anak Ugam iaitu salah seorang penduduk Tr.Tahir juga dan diikuti oleh segelintir penduduk rumah panjang .Oleh kerana hal demikian,TR.Tahir Anak Kalau dan Mula Anak Ugam telah membuat satu surat perjanjian iaitu pembahagian rumah panjang dan penduduk. TR.Tahir Anak Kalau ketika itu masih lagi tinggal di kawasan rumah panjang yang asalnya berada dihulu Sungai Tebas diikuti oleh penduduknya lain dan yang belum berpindah.Surat perjanjian diantara TR.Tahir dan Mula Anak Ugam sehingga sekarang masih lagi disimpan.
   Pada hujung tahun 2001,TR.Tahir Anak Kalau telah membawa penduduknya berpindah dan membuat rumah panjang yang baru di tanah “TEMUDA” yang digelar “ Tanah Ladong Tahir” dan tanah itu juga berada di tepi Jalan Ulu Sebauh.
  Oleh kerana setiap penghuni di Rumah Tahir yang telah banyak berkahwin dan mempunyai isi keluarga yang ramai ,mereka telah meminta kebenaran dan persetujuan dari Tr.Tahir untuk mendirikan rumah/Bilik pintu yang lebih dari 1 pintu.Keseluruhan bilik dirumah panjang Tahir pada ketika itu ialah 33 pintu/bilik. 

     Pada tahun 2005,disebabkan masalah kesihatan, Tr.Tahir telah meninggal dunia pada 5/10/2005.Selepas kematian beliau,penduduk rumah panjang telah mengadakan satu sesi perbincangan dan penduduk bersetuju memilih dengan sebulat suara iaitu Jangu Anak Tahir sebagai pengganti Tuai Rumah yang baru manakala Sidin Anak Dian telah disokong oleh penduduk juga menjadi Timbalan Tuai Rumah sehingga sekarang. Pada Januari 2017, rumah panjang Jangu telah bertambah kepada satu lagi bilik / pintu menjadikanya kepada 34 buah bilik / pintu  kesemuanya.Dan Encik Jangu ak Tahir masih kekal sebagai tuai rumah sehingga kini.

Comments

  1. Hi, I wonder penduduk Rumah Jangu Ladong still keep the tengkorak? and the traditional adat and custom still remain?

    ReplyDelete

Post a Comment