BENDERA RASMI RUMAH PANJAI




MAKSUD  REKA BENTUK BENDERA.

1.     Bendera menggunakan warna kuning, hitam, merah, biru dan putih.
·        Ini mengambarkan penduduk Ladong berjiwa patriotik dan menyanjung tinggi  pentadbiran pemerintahan Negeri Sarawak dan juga  Negara Malaysia.


2.     Rekabentuk  anak  panah yang bewarna kuning, hitam dan merah menghala  ke depan :
·        Melambangkan kami akan terus mara ke hadapan.


3.     Warna Biru (merujuk kepada bulatan yang bewarna biru): di hujung anak panah  huruf `LT’ (Ladong Tahir) dalam bulatan yang bewarna biru, warna biru itu  melambangkan keharmonian dan juga ilmu. Digabungkan keduanya membawa maksud kami penduduk Ladong Tahir akan terus maju ke depan dan hidup dalam suasana harmoni dan menitik beratkan ilmu itu sangat penting alam kehidupan seharian kami.


4.     Warna putih :
  • ·      Putih juga mengambarkan kami penduduk Ladong Tahir sentiasa bersatu hati,berdisplin ,  telus dan ikhlas.
  • ·     Ianya juga melambangkan cahaya atau kuasa Tuhan. Dalam apa jua yang kami lakukan , kami sentiasa memohon doa daripada Tuhan agar apa yang ingin kami lakukan mendapat rahmat daripadanya.



5.     Warna Hitam;
  • ·    Mengambarkan  kesetian kami kepada undang-undang Negara.
  • ·     Warna hitam juga melambangkan segala cabaran hidup yang kami harungi, kami lalui dengan jiwa yang kental, bersatu hati  dan bersemangat tinggi.


6. Warna Merah;
  •    Mengambarkan kami penduduk Ladong Tahir berani dan gagah dalam menempuh     segala cabaran  dalam kehidupan kami.


7. Huruf `L’ dan “T”.
  • ·     Huruf “L” bermaksud LADONG dan huruf `T’ adalah TAHIR. Dua huruf ini yang berwarna kuning mengambarkan kami hidup dalam negara Raja yang berpelembagaan dan kami sentiasa bersemangat untuk terus maju ke hadapan dibawah naungan nya.

  • ·        Huruf ‘L”  iatu LADONG juga adalah nama tempat tapak Rh Jangu yang sedia ada seperti sekarang. Mankala “T” adalah Tahir iaitu nama Tr yang asal memilki tempat tersebut sebelum diganti oleh Tr Jangu. Digabungkan untuk memperingati tempat tapak , nama serta jasa Tr Tahir maka terciptalah  nama RH JANGU, LADONG TAHIR.

Comments